Kuih
Bahulu , merupakan kuih tradisional orang Melayu dari zaman dahulu.
Kuih
Bahulu telah menjadi menu utama di dalam hidangan masyarakat Melayu
pada hari-hari perayaan atau pada majlis-majlis kebesaran, seperti Hari
Raya dan Majlis Perkahwinan. Kemampuan menyediakan kuih bahulu yang baik
dari segi rupa dan citarasa menjadi kebanggaan seseorang individu
kerana ianya menjadi tumpuan kepada penggemar kuih bahulu.
Sejarah
asal kuih bahulu , dipercayai dibawa ketanah melayu oleh orang
berketurunan jawa dari Bangkahulu Indonesia. Kuih ini boleh bertahan
lama dan sesuai untuk perjalanan jauh kerana ianya ringan dan kecil. Dan
boleh dimakan walaupun dicelup dengan air kosong. Asal bentuk bahulu
ini adalah bulat leper kerana di bakar diatas tudung periuk. Zaman
berlalu maka terbentuklah kuih ini dalam pelbagai corak.
Bahulu Cappuccino.
A favorite among many Malaysians of all races and ages, kuih bahulu is
usually baked during the festive seasons such as Hari Raya.
A few kuih bahulu and a cup of coffee is a surefire way to greet your guests…

